Saturday 25 August 2012

Salam Aidilfitri

Diam tak diam dah hampir penghujung Ogos, ramadhan yg mulia telah pergi meninggalkan kita, semoga tahun depan ketemu lagi. Waktu ini sebenarnya kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dr Sri Iskandar ke KL setelah menghabiskan cuti raya mengunjungi saudara mara sebelah mr.hubby di Perak. Sejak menjadi ibu muda ni hehehe masa terisi dengan sepenuhnya, Zara dah semakin membesar, lasak dan tak reti duduk diam, yang abangnya pula semakin nak jadi rema ja, malu sana malu sini tapi masih teringin nak dimanjakan. Sorry Adam sebab selalu nak kena marah dengan emak sebab mungkin sejak ada adik, Adam kelihatan dewasa dan sepatutnya boleh berfikir sendiri tapi hakikatnya Adam masih budak umur 11tahun yg baru 1.7tahun menjadi abang sedangkan sebelum ni awakla baby dalam rumah :) Zara pula sekarang dah pandai nak bercakap, kalau sebut "nakkk" kemain jelas lagi. kalau dengar muzik cepat je nak bergoyang, cukup gemar kacau orang nak solat. Pantang bentang sejadah cepat2 dia duduk tengah2. gemar beri senyuman yang paling manis dan cukup sensitif bila kena marah. Ada satu masa tu tak boleh langsung dengar perkataan "Amboiii" sure nangis punye. Syukur sangat dapat Adam dan Zara, semoga mereka berdua menjadi insan berguna utk agama dan negara. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. p/s: xfaham sangat dgn sikap org yg meminta maaf didepan tp pada masa yg sama mengata org dibelakang. dimana kejujuran mereka agaknya ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4