Thursday 17 March 2011

Makan 1



Laparnya tengok gambar2 di atas ni kan ? Ini gambar makan-makan masa birthday treat aku di The Garden dekat The Curve pada November lepas.. bila nak pergi lagi ye :D

Persediaan Untuk Bekerja

Diam tak diam lagi satu minggu aku dah nak masuk kerja... sedih mak Zara sebab terpaksa hantar dia ke taska... macam-macam benda yang aku beli sebagai persediaan untuk Zara seperti baju tidur lengan panjang, botol susu, alas tilam, puting dan macam-macam lagi la... 

Yang paling penting adalah benda-benda kat bawah ni ha.. 

pam susu & freezer untuk penyimpanan susu ibu















 Storage Bottles untuk simpan susu ye... bukan sebagai botol susu.



Aku juga sangat sibuk melayari blog-blog Penyusuan Susu Ibu Secara Esklusif  seperti http://www.breastfeeding.com.  , www.susuibu.com , www.apcwomen , dan beberapa blog persendirian yang banyak menceritakan mengenai kebaikan dan panduan di dalam penyusuan susu ibu ini.  walaupun aku pernah beranak sebelum ini tapi Adam hanya minum susu ibu sepenuhnya selama 2 bulan sahaja selepas itu aku dah campurkan dengan susu formula... tapi kali ini aku dah bertekad untuk memberi susu ibu kepada Zara seberapa lama yang boleh.

Kat bawah ni aku nak share sedikit info yang aku dapat kepada ibu-ibu yang nak 100%  beri susu ibu kepada bayi-bayi mereka dan semoga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal kepada kita untuk menjayakan misi suci ini chewahhh...

Info diambil dari blog fiezaradzi.blogspot.com (minta halal ye)
PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

TEMPAT PENYIMPANAN

1. Suhu bilik - (suhu 25-37 deg C) -- 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu - (rak atas 2-4 deg C) -- 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk 'freezer'
3. Peti sejuk 2 pintu - (bahagian beku -20 deg C) -- 3 bulan
4. Peti sejuk - (deep freezer -20 deg C) -- 6 bulan

MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN

* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN

* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..
OK jom pula tengok muka Zara yang comel sangat ni :D  

Tuesday 15 March 2011

Orient Star, Lumut - 6 hg 7 Dis 2010

Memandangkan aku tak berjalan cuti sekolah ni, nak hilang tension aku upload gambar Adam mandi manda di swimming pool Orient Star pada percutian kami yang lalu.




Adam bila dah masuk kolam susah nak keluar tau.






Adam dan abah sedang mandi manda :D


Permandangan kolam dari bilik kami




Monday 14 March 2011

Cuti Sekolah

1st time aku dapat bersama-sama Adam sewaktu cuti sekolah... selalunya cuti sekolahlah aku tak dapat bercuti sebab ramai orang cuti...xdela aku dengar Adam merungut kena pergi nurseri.

Pagi-pagi lagi dia dah buka game.. itulah anak2 sekarang kalau tak mengadap tv mengadap game la pula.. salah emak dan abahnya juga yg menyediakan kemudahan :(

Selalunya cuti sekolah kami jarang berjalan .. holiday vacation kami selalunya pd waktu orang lain x cuti. malas nak ribut2 menyesakkan jalan raya dan aku lebih tenang duduk di KL bila ramai orang balik kampung atau pergi bercuti..

Last aku melalak(berjalan) sebelum bersalin adalah pada bulan Disember lepas itupun melepak je dalam bilik di Orient Star Lumut memandangkan cik abang bekerja.. tapi Adam berendam je la kat swimming pool. Entahla selepas bersalin ni xtau la pulak nak kemana.. nantilah aku update cerita cuti-cuti aku di entry yang lain.

Nampak gayanye walaupun aku sedang bercuti bersalin dan ada peluang pergi berjalan sebab dah habis pantang tetap xdpt berjalan sebab cik abang tetap bekerja :( dan paling xpuas hati hujung minggu ni dia nak ke Bangkok ikut company trip.. boring-boring.. dan hanya satu je ubat boring aku iaitu shopping :). Kepada shopping2 complex di KL tunggu kehadiran ku :)

Adam dan Zara jangan banyak merungut ye, ikut je mak jalan ok.

Friday 11 March 2011

Adelia Zara binti Firdaus






Putri ku yang baru berusia 44 hari, Adelia Zara... comel tak?

Adam Muhammad bin Firdaus

Anak sulung ku, Adam Muhammad berumur 10 tahun ...

Pantang

Hari ini 11.03.11 genaplah 44 hari aku berpantang... rasa syoknya macamlah berpantang sangat-sangat... setahu aku takde pun sebarang pilis atau jamu yang aku ambil sepanjang 44 hari ini... mungkin aku ni boleh dikategorikan pantang berkurung agaknya . Dari segi makan mula-mula tu memanglah makan sup, ikan haruan, sayur memanjang but toward the end aku dah bedal Big Mac, Pizza Domino dan nugget goreng hehehehe tak tahan mak u.

Entry ni aku x cerita pasal kelahiran putriku, just nak share pengalaman pantang aku kali ini.

Memandangkan aku bersalin secara Caesarean, maka aku mendisiplinkan diri minum Pati Ikan Haruan setiap hari sehingga 40 hari... hmm rasanya tak ramai yang lalu nak minum Pati Ikan Haruan apatah lagi setiap hari tapi itulah yang aku cari bila bangun pagi :) mungkin sebab tu jugala luka jahitan ku cepat sembuh dan tidak menimbulkan banyak masalah dan kesulitan kepadaku.. syukur Alhamdulillah..

Dua minggu pertama memang excellent sekali, mandi air segala daun (daun serai, pandan, mengkudu, sireh kaduk, halia bara), minum air halia dan makan nasi dan sup di selang seli dengan lauk pindang ikan haruan tajaan BFFku Fatin. Bertungku juga adalah menjadi kemestian bagi aku kerana rasa panas-panas batu sungai itu betul2 menghangatkan  urat-urat  badanku yang kembang-kembang itu..

Untuk menjayakan misi pantang ini pastinya banyak dibantu oleh emakku, emak mertuaku dan anak saudaraku aril yang tolong uruskan kerja2 htr dan ambil Adam dan juga membeli belah untuk rumah.. itu nama2 yg utamala.yang lain-lain pun ada juga tapi ramai sangat nak taipnya.. TERIMA KASIH BANYAK_BANYAK dan SANGAT-SANGAT.... oh lupa nak ucap trimas kepada hubby ku yg setia menemani dan memberi sokongan moral kepada ku..

Selepas 2 minggu bila aku mula berpantang sendiri-sendiri mulala aku pun buat pantang ikut method diri sendiri :) tak kisahla macamana aku pantang yang penting aku rasa aku sihat dan semakin sihat ...

Sebenarnya banyak nak share pasal pantang tapi Adelia dah menjerit nak diangkat.... mak pergi dulu ye...

Mulanya Di sini

Sekali lagi aku terus mencuba menjiwai dunia blogger ini... rasanya dah banyak kali dah buat blog konon-kononnya nak mencatatkan kenangan dalam hidupku tapi semuanya terhenti separuh jalan... bila nak buka haram password semua tak betul.. harapan ku kali ini blog ini akan menjadi catatan berterusan yang dapat ku abadikan untuk anak-anakku dan ahli2 keluarga ku yang tercinta...

Pastinya setiap kali blog yang aku buka mestinya didorongi oleh sesuatu peristiwa yang amat berharga :) ... dulu atas kelahiran anak sulungku Adam Muhammad, kali ini semestinya kehadiran putri kesayangan kami Adelia Zara.. Justeru itu aku abadikan kisah mereka di dalam blog ku ini.."Dunia Adam Zara"... tanda cintaku kepada anak2 ku ..

Memandangkan ini entry pengenalan maka aku taklah nak berceloteh panjang mengenang kembali nostalgia blog-blog lamaku itu... akan ku abadikan mereka dalam sejarah hidupku walaupun agak kesal juga la sebab owner sendiri pun lupa blog sendiri hehehehehe.

Nantikanlah entry-entry aku mengenai putra-putri ku nanti dan insyaallah akan ku coretkan sekali aktiviti2 aku dimasa lapang sekiranya ideaku nanti datang mencurah2..

Luv U All ... Muahhhs