Thursday 18 August 2011

Tips Membeli Belah 2

Tips untuk tidak membeli memang banyak, kita hanya perlu mereka alasan untuk tidak membeli tetapi bagi shopaholic pula lagi banyak alasan yang direka supaya apa yang dibeli itu memang terasa berbaloi walaupun mungkin hanya diguna 1-2 kali je ;-)
Ok sila semak perkara2 berikut sebelum anda membeli belah ;
1) Barang tersebut pernah dibeli sebelum ni atau tidak?
2) Ada tak barang lain yang pernah dibeli boleh menggantikannya? Contohnya slow cooker, perlu ke kalau dah bertimbun periuk kat rumah? Masak je la atas dapur tu..
3) Perlu ke beli sekarang? X boleh ke tunggu time sale ke atau barang tu turun harga ke especially gadjet2 latest ni heheheh yang ni akak pun x tahan u.
4) Mampu ke kita beli? Jangan le lepas ni terpaksa berhutang ngan Along ke angah ke hehehehe

Semalam pergi shopping kat AeonAu2, walaupun dah sedaya upaya nak apply tips2 membeli belah tapi habis jugak beratus ringgit. Barang Malaysia ni memang mahal la, tapi kalau tak shopping kat Malaysia kat mana lagi yek?
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 17 August 2011

Tips Membeli Belah

Mesti ramai yang nak bershopping sakan sempena nak raya ni kan? Jadi sebelum membeli belah tu fikir2kan lah tips kat bawah ni:
1) Tentukan keutamaan dalam berbelanja - apa yg perlu beli dulu? Makanan ke baju dan kasut?
2) Check kualiti, harga dan kegunaan utk brgn tahan lama, make sure harga sepadan ngan kualiti dan jangka hayat nak memakainya. Janganbeli kasut mahal nak rak tapi baru pakai sebulan dah koyak atau sendat membazir je
3) Kalau shopping barang makanan pastikan kesegarannya
4) Beli barang tengok tanda harga, tarikh buat dan tarikh luput.
5) Jangan tergoda dengan packaging atau hadiah sampingan ingat No.1 tentukan keutamaan
6) Jangan beli barang yang sama lebih dr sepatutnya seperti beli baju sama lain colour hikhikhik aku le tu suka buat.

Ada lagi tips lain tp takut nak letak bukan apa takut aku yang tak terikut hehehe .

Petang ni nak tengok2 baju raya Zara dan Adam di Jusco Au2. So keutamaannya adalah baju gaun Zara, baju dan seluar Adam dan kasut.

Kalau tak sempat balik masak buka je kat sana. Ok jom bersiap nak jalan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 14 August 2011

Happy Birthday

Selamat Panjang Umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta dirahmati selalu oleh Allah Yang Esa. Hanya doa dapat ku hadiahkan buat suami dan bapa mertuaku yg menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan yang sama iaitu Ogos.
Kebetulan semalam kami berbuka di Melaka di rumah adik iparku Ijan jadi alang2 potong cake sekali. Sedap carrot cake tu tau bukan aku yg buat tp beli je di SR.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Salam Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Diam tak diam dah 13 hari kita berpuasa dan hari ini masuk hari yg ke 14.
Tahun ni tak bolehla berangan nak puasa penuh sebab aku dah pun bercuti 7 hari. Bukan ponteng puasa tau tapi tak boleh puasa.. Orang kata kalau fully breastfeed tak datang bulan tapi aku ni tiap2 bulan datang... Macamana tu? Sebenarnya semua tu ketentuan Ilahi, lain orang lain pembawakannya.
Bulan puasa ni aku lebih suka berbuka secara sederhana, makan cukup2 sahaja. Malas nak pergi PARAM sebab tahu dah tiap2 tahun diaorang naik harga... pada masa yang sama saiz dan kuantiti dikurangkan. Sebagai pengguna aku nenggunakan hak untuk tidak membeli jika tidak berkeinginan, tapi anak bujang aku tu keinginannya kuat macam-macam dia teringin :)
Satu yang aku perasan tahun ni, Adam dah boleh diharapkan untuk kerja-kerja menyediakan hidangan. Dia akan sediakan air dan hidang makanan atas meja bila aku sangkut dengan Zara yang asyik nak bergantung je bila kat rumah. Yang paling mengharukan ialah dia akan hulurkan air bila azan berbuka kedengaran, mesti korang herankan apahal pulak nak touching2 biasalah anak ambikkan minuman untuk mak diakan? Tapi Adam ni lain, jarang dia buat tanpa disuruh berkali-kali, so bila dia buat dengan rela hati sungguh menyentuh hati.. dah besar rupanya anak bujang aku ni sebab dulu dialah baby dalam rumah ni, sekarang Zara dah ada dia kenalah jadi abang.
Oklah setakat ni dulu cerita aku, dah lama tak tulis blog otak pun dah berkarat but since dah ada galaxy tab ni bolehla aku blogger-droid dengan lebih kerap lagi. Harap2 menjadila harapan ku ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4