Sunday 22 May 2011

Makan-makan

Hari ni lunch mak masak ni:






sedapnye.....

Ho Chi Minh Visit 14-17 Mei 2011

Seperti yang uols tahu mak pergi bercuti-cuti ke Ho Chi Minh  last week... itenary yang padat... berpeloh-peloh mak dikerjakannya.. mahu kalau duduk setahun dua kurus-kering dibuatnya... mana idaknya kering air satu badan :D tapi mak tak kesah.. janji mak enjoy tengok bangunan-bangunan, motor-motor, kedai-kedai, kain-kain, baju-baju, beg-beg ehh banyakla yang mak tengok kalau nak dilistkan tak cukup 2-3 hari baca hehehe.. kat sana mak pun ada gakla shopping kain dan baju barang sekodi dua hehehe taklah 5-6 pasang je.























mak tak larat nak label gambar2 tu.. so layan je la.... zara pun dah terjerit2 kat sebelah ni :D

Mesti uols tertanya2 ye camna mak simpan air susu mak... hmm x simpan pun... perah2 dan buang sahaja sebab xde bekas dan tak sesuai nak mengangkut bawa balik.. lagi pun air susu mak mengalir sama hebat dengan peluh-peluh mak so baju basah pun org ingat peluh hehehhe tapi mak sedih juga sebab terpaksa buang air susu zara...

Tuesday 17 May 2011

Minum-minum

Sekarang sudah jam 9.08am waktu Vietnam maknanya jam 10.08am waktu Malaysia... kami sedang lepak2 di kedai kopi terbaik tempatan Highland Coffee... dari segi susun aturnya lebih kurang kedai kopitiam di Malaysia cuma harga lebih murah di sini...

oklah, vanilla latte saya dah sampai so kita minum dulu...  balik nanti kita update gambar... eee tak sabar nak balik tau... Malaysia still the best for me :D

Sunday 15 May 2011

CUti-CUti

Minggu ni mak berada di bandar Ho Chi Minh, Vietnam.. cuti-cuti jalan-jalan dan untuk shopping-shopping.. rasanya dah lama mak tak meninggalkan Malaysia sejak mengandung Zara ... baru ni nak keluar menjenguk dunia :D

Semalam kami menjengah-jengah War Remnats Museum, Lacquarware, Post Office, Cathedral Notre-Dame, Hard Rock sambil menikmati pemandangan indah disini... banyak betul motor di bandar Ho Chi Minh dan dikatakan menduduki tempat ke 3 dunia ... motor merupakan transportation utama di bandar ini.... sungguh menjimatkan wang kan?

Mak saja je nak update sikit sikit pasal percutian ni sebab nak panaskan badan... nanti balik Malaysia mak cerita lagi ye... so kita enjoy shopping dulu...

Bye anak2 mak :D

Sunday 1 May 2011

3 minggu dan 3 bulan

Sorryla sayang... after 3 weeks baru nak update blog... sungguh bukan blogger sebenar :D. Bukan apa banyak benor benda lain yang perlu dibuat dan difokuskan... macamanapun mak tetap follow blog2 uols tau. Syukur lappy mak dah boleh guna semula ... barula syok nak upload gambar2 tau... apa-apa pun dalam 3 minggu yang lepas memang ada event2 yang best cuma mak tak sempat nak share dengan uols.. anyway thanks to MamaYong Ramblings sebab dah tolong update story meh..

Syukur Alhamdulillah juga mak masih mampu untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara esklusif sehingga ke hari ini dan doakan mak terus tabah dan sabar dalam memastikan Zara mendapat susu ibu sepenuhnya... sokongan keluarga, majikan, rakan sekerja dan juga nursery amat penting tidak kira walau sedikit mana pun sumbangan mereka namun ianya memberi impak yang besar bagi menjayakan misi ini... mak juga berdoa agar mereka terus memberi sokongan padu kepada mak dalam menunaikan tanggungjawab ini. 

OKla taknak la emo-emo sangat, mak nak share dengan uols gambar-gambar sekitar majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Zara pada 9 April 2011 yang lalu dan memandangkan tarikh itu adalah Hari Ulangtahun Adam Muhammad yang ke 10 maka tentunya kami tidak mahu ketinggalan meraikannya si Abang dan si Adik .... mak sayang kamu berdua ye...







Selamat Hari Pekerja

Pagi-pagi mak dah start blogging.. mana idaknya semalam mak nak edit blog 3 minggu 3 bulan tak boleh .. terus publish pulak.. uols mesti pelik apahal la pulak dalam gambar2 majlis aqiqah tu tetiba ending gambar Zara dan Adam meniarap...mak sebenarnya nak tunjuk gambar 1st time Zara dan Adam meniarap... sama tak ? cuma bezanya Adam x berambut masa tu :D... gambar2 semalam pun x sempat nak komen.  Itulah sebab mak letak tajuk 3 minggu... sebab dah 3 minggu x blog so nak share event yg terjadi dalam 3 minggu tu... dan 3 bulan sebab nak tunjukkan yang Zara dah 3 bulan dan dia dah meniarap :D.. mak suka tau.. sorry ye gambar Adam meniarap tu tersengit la pulak...

OK back to the tajuk.. mak nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja tidak kira sama ada kerja pejabat, kerja di rumah atau dimana-mana sahaja anda bekerja.. Suri Rumah pun bekerja juga tau lagi teruk rasanya dari kita yang bekerja di pejabat ni.. start dari pagi nak siapkan anak-anak sekolah , sediakan makanan, kemas rumah , jaga baby dan sebagainya.. memang penat dan mencabar ... mak memang tabik spring kat surirumah2 seluruh dunia yang menjaga keluarga mereka dengan penuh sabar dan ikhlas...
Tapi mak juga nak tabik spring kat kaum-kaum ibu yang bekerja makan gaji ni.. mana tidaknya lepas sibuk2 bekerja di siang hari... petang balik rumah dah kena urus makan minum laki dan anak2.. siapkan baju sekolah untuk anak nak pakai esoknya.. kemas rumah sikit-sikit.. basuh baju pulak... lepas tu jemur... lepas tu lipat atau gosok huhuhu tak berhenti kerja .... tapi kerja itukan ibadah juga ... insyaAllah sekiranya kita ikhlas... dapat pahala tau... so jangan banyak merungut..

Mak juga nak ucapkan tahniah pada diri mak yang telah berjaya berkhidmat dengan majikan mak selama 16 tahun dengan penuh setia walaupun kadang-kadang terasa macam tak larat dah nak pergi kerja... terima kasih juga la pada majikan mak yang telah membayar gaji tanpa putus ... tapi mak tunggu juga .. bilala nak naik gaji ni.. dah masuk bulan Mei.. sonyap yo..

Sempena hari pekerja pada hari ini.. mak cadang nak cuti dari buat kerja rumah ... meh la kita anak-anak pergi makan kenduri... x payah nak kecah-kecah dapur tu masak yo..
"Adammmm mandiiii, cepat siap... kita nak makan kenduri.." sambil-sambil tu mak masih meneruskan menaip blog ini hehehhe...




jom siap-siap.....kita nak pergi makan free...