Published with Blogger-droid v1.7.4
Saturday, 25 August 2012
Salam Aidilfitri
Diam tak diam dah hampir penghujung Ogos, ramadhan yg mulia telah pergi meninggalkan kita, semoga tahun depan ketemu lagi. Waktu ini sebenarnya kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dr Sri Iskandar ke KL setelah menghabiskan cuti raya mengunjungi saudara mara sebelah mr.hubby di Perak. Sejak menjadi ibu muda ni hehehe masa terisi dengan sepenuhnya, Zara dah semakin membesar, lasak dan tak reti duduk diam, yang abangnya pula semakin nak jadi rema
ja, malu sana malu sini tapi masih teringin nak dimanjakan. Sorry Adam sebab selalu nak kena marah dengan emak sebab mungkin sejak ada adik, Adam kelihatan dewasa dan sepatutnya boleh berfikir sendiri tapi hakikatnya Adam masih budak umur 11tahun yg baru 1.7tahun menjadi abang sedangkan sebelum ni awakla baby dalam rumah :)
Zara pula sekarang dah pandai nak bercakap, kalau sebut "nakkk" kemain jelas lagi. kalau dengar muzik cepat je nak bergoyang, cukup gemar kacau orang nak solat. Pantang bentang sejadah cepat2 dia duduk tengah2. gemar beri senyuman yang paling manis dan cukup sensitif bila kena marah. Ada satu masa tu tak boleh langsung dengar perkataan "Amboiii" sure nangis punye.
Syukur sangat dapat Adam dan Zara, semoga mereka berdua menjadi insan berguna utk agama dan negara.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
p/s: xfaham sangat dgn sikap org yg meminta maaf didepan tp pada masa yg sama mengata org dibelakang. dimana kejujuran mereka agaknya ye.
Tuesday, 31 January 2012
Selamat Tahun Baru
Dah sebulan tahun baru melabuh tirai, baru berkesempatan nak mencoretkan sesuatu diblog ini. Entahla kenapa semangat yabg berkobar2 semakin suam-suam kuku. Mungkin disebabkan beban tugas dan kesuntukan masa yang sentiasa mencemburuiku apatah lagi ditambah dengan kemalasan untuk berfikir.
Sebenarnya banyak peristiwa dan kenangan yang aku teringin coretkan tp bimbang cerita dah basi :) jadi cukupla ianya menjadi kenangan terindah dalam hidupku.
Bulan ini pada 27hb genap Zara setahun, syukur Alhamdulillah kerana mendapat anak yang comel dan baik sepertinya
Published with Blogger-droid v1.7.4
Friday, 18 November 2011
Malaysia vs Indonesia
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola sepak bwh 23thn atas kemenangan mereka sewaktu bertemu Indonesia malam tadi. Walaupun sepatutnya boleh dapat banyak jaringan tapi disebabkan dah menang aku puashati jugala dengan 1-0 tu. Apek memang penyelamat pada malam ini, tahniah sekali lagi. Malam ni aku Adam dan Zara layan bola sampai habis, tak masak just order Dominos lagipun dah lama x makan pizzakan. Adam tengah demam tapi selera makan tetap ada, Zara macam biasa dok mengadap tersenyum-senyum minta simpati, nak rasa la tu... Xbolehla sayang belum ada gigi lagi, tapi kalau ada gigi pun xboleh makan pizza, kena diet tau, makan salad dan fruits banyak2 hehehhe
Masa terlalu cepat berlalu, banyak benda nak buat tapi tak sempat, tekanan kerja semakin memuncak tapi aku cuba meminimumkan stress, semoga Allah swt permudahkan setiap urusanku, berikan kekuatan dan kesabaran juga kesihatan yang baik untukku dan keluarga.Amin.
Minggu ni anak saudaraku kahwin, semoga Syha dan Hakim dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Insyaallah jika ada masa aku akan upload gambar-gambar sepanjang november ini, maklumlah banyak event sebenarnya yang berlaku dalam bulan ni tapi x sempat nak update dalam blog, doakanlah ye.
Aku juga nak ucapkan tahniah dan mendoakan agar kawan2 ku Nurlina dan Fatin diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan mereka. Take care girls, muahhss.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Thursday, 17 November 2011
my lil zara
Dah lama sungguh x update blog, ni baru nak mengarang zara dah sibuk sama nak tekan galaxy tab ni. So layan je la gambar comel ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Saturday, 5 November 2011
Bankers stories
Profit Equalisation Reserve (PER) | Islamic Bankers : Resource Centre
Published with Blogger-droid v1.7.4
Bankers stories
Profit Equalisation Reserve (PER) | Islamic Bankers : Resource Centre
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sunday, 16 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

