Thursday 17 March 2011

Persediaan Untuk Bekerja

Diam tak diam lagi satu minggu aku dah nak masuk kerja... sedih mak Zara sebab terpaksa hantar dia ke taska... macam-macam benda yang aku beli sebagai persediaan untuk Zara seperti baju tidur lengan panjang, botol susu, alas tilam, puting dan macam-macam lagi la... 

Yang paling penting adalah benda-benda kat bawah ni ha.. 

pam susu & freezer untuk penyimpanan susu ibu















 Storage Bottles untuk simpan susu ye... bukan sebagai botol susu.



Aku juga sangat sibuk melayari blog-blog Penyusuan Susu Ibu Secara Esklusif  seperti http://www.breastfeeding.com.  , www.susuibu.com , www.apcwomen , dan beberapa blog persendirian yang banyak menceritakan mengenai kebaikan dan panduan di dalam penyusuan susu ibu ini.  walaupun aku pernah beranak sebelum ini tapi Adam hanya minum susu ibu sepenuhnya selama 2 bulan sahaja selepas itu aku dah campurkan dengan susu formula... tapi kali ini aku dah bertekad untuk memberi susu ibu kepada Zara seberapa lama yang boleh.

Kat bawah ni aku nak share sedikit info yang aku dapat kepada ibu-ibu yang nak 100%  beri susu ibu kepada bayi-bayi mereka dan semoga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal kepada kita untuk menjayakan misi suci ini chewahhh...

Info diambil dari blog fiezaradzi.blogspot.com (minta halal ye)
PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

TEMPAT PENYIMPANAN

1. Suhu bilik - (suhu 25-37 deg C) -- 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu - (rak atas 2-4 deg C) -- 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk 'freezer'
3. Peti sejuk 2 pintu - (bahagian beku -20 deg C) -- 3 bulan
4. Peti sejuk - (deep freezer -20 deg C) -- 6 bulan

MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN

* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN

* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..
OK jom pula tengok muka Zara yang comel sangat ni :D  

No comments:

Post a Comment