Sunday 14 August 2011

Salam Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Diam tak diam dah 13 hari kita berpuasa dan hari ini masuk hari yg ke 14.
Tahun ni tak bolehla berangan nak puasa penuh sebab aku dah pun bercuti 7 hari. Bukan ponteng puasa tau tapi tak boleh puasa.. Orang kata kalau fully breastfeed tak datang bulan tapi aku ni tiap2 bulan datang... Macamana tu? Sebenarnya semua tu ketentuan Ilahi, lain orang lain pembawakannya.
Bulan puasa ni aku lebih suka berbuka secara sederhana, makan cukup2 sahaja. Malas nak pergi PARAM sebab tahu dah tiap2 tahun diaorang naik harga... pada masa yang sama saiz dan kuantiti dikurangkan. Sebagai pengguna aku nenggunakan hak untuk tidak membeli jika tidak berkeinginan, tapi anak bujang aku tu keinginannya kuat macam-macam dia teringin :)
Satu yang aku perasan tahun ni, Adam dah boleh diharapkan untuk kerja-kerja menyediakan hidangan. Dia akan sediakan air dan hidang makanan atas meja bila aku sangkut dengan Zara yang asyik nak bergantung je bila kat rumah. Yang paling mengharukan ialah dia akan hulurkan air bila azan berbuka kedengaran, mesti korang herankan apahal pulak nak touching2 biasalah anak ambikkan minuman untuk mak diakan? Tapi Adam ni lain, jarang dia buat tanpa disuruh berkali-kali, so bila dia buat dengan rela hati sungguh menyentuh hati.. dah besar rupanya anak bujang aku ni sebab dulu dialah baby dalam rumah ni, sekarang Zara dah ada dia kenalah jadi abang.
Oklah setakat ni dulu cerita aku, dah lama tak tulis blog otak pun dah berkarat but since dah ada galaxy tab ni bolehla aku blogger-droid dengan lebih kerap lagi. Harap2 menjadila harapan ku ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment