Thursday 18 August 2011

Tips Membeli Belah 2

Tips untuk tidak membeli memang banyak, kita hanya perlu mereka alasan untuk tidak membeli tetapi bagi shopaholic pula lagi banyak alasan yang direka supaya apa yang dibeli itu memang terasa berbaloi walaupun mungkin hanya diguna 1-2 kali je ;-)
Ok sila semak perkara2 berikut sebelum anda membeli belah ;
1) Barang tersebut pernah dibeli sebelum ni atau tidak?
2) Ada tak barang lain yang pernah dibeli boleh menggantikannya? Contohnya slow cooker, perlu ke kalau dah bertimbun periuk kat rumah? Masak je la atas dapur tu..
3) Perlu ke beli sekarang? X boleh ke tunggu time sale ke atau barang tu turun harga ke especially gadjet2 latest ni heheheh yang ni akak pun x tahan u.
4) Mampu ke kita beli? Jangan le lepas ni terpaksa berhutang ngan Along ke angah ke hehehehe

Semalam pergi shopping kat AeonAu2, walaupun dah sedaya upaya nak apply tips2 membeli belah tapi habis jugak beratus ringgit. Barang Malaysia ni memang mahal la, tapi kalau tak shopping kat Malaysia kat mana lagi yek?
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment