Friday 11 March 2011

Pantang

Hari ini 11.03.11 genaplah 44 hari aku berpantang... rasa syoknya macamlah berpantang sangat-sangat... setahu aku takde pun sebarang pilis atau jamu yang aku ambil sepanjang 44 hari ini... mungkin aku ni boleh dikategorikan pantang berkurung agaknya . Dari segi makan mula-mula tu memanglah makan sup, ikan haruan, sayur memanjang but toward the end aku dah bedal Big Mac, Pizza Domino dan nugget goreng hehehehe tak tahan mak u.

Entry ni aku x cerita pasal kelahiran putriku, just nak share pengalaman pantang aku kali ini.

Memandangkan aku bersalin secara Caesarean, maka aku mendisiplinkan diri minum Pati Ikan Haruan setiap hari sehingga 40 hari... hmm rasanya tak ramai yang lalu nak minum Pati Ikan Haruan apatah lagi setiap hari tapi itulah yang aku cari bila bangun pagi :) mungkin sebab tu jugala luka jahitan ku cepat sembuh dan tidak menimbulkan banyak masalah dan kesulitan kepadaku.. syukur Alhamdulillah..

Dua minggu pertama memang excellent sekali, mandi air segala daun (daun serai, pandan, mengkudu, sireh kaduk, halia bara), minum air halia dan makan nasi dan sup di selang seli dengan lauk pindang ikan haruan tajaan BFFku Fatin. Bertungku juga adalah menjadi kemestian bagi aku kerana rasa panas-panas batu sungai itu betul2 menghangatkan  urat-urat  badanku yang kembang-kembang itu..

Untuk menjayakan misi pantang ini pastinya banyak dibantu oleh emakku, emak mertuaku dan anak saudaraku aril yang tolong uruskan kerja2 htr dan ambil Adam dan juga membeli belah untuk rumah.. itu nama2 yg utamala.yang lain-lain pun ada juga tapi ramai sangat nak taipnya.. TERIMA KASIH BANYAK_BANYAK dan SANGAT-SANGAT.... oh lupa nak ucap trimas kepada hubby ku yg setia menemani dan memberi sokongan moral kepada ku..

Selepas 2 minggu bila aku mula berpantang sendiri-sendiri mulala aku pun buat pantang ikut method diri sendiri :) tak kisahla macamana aku pantang yang penting aku rasa aku sihat dan semakin sihat ...

Sebenarnya banyak nak share pasal pantang tapi Adelia dah menjerit nak diangkat.... mak pergi dulu ye...

No comments:

Post a Comment