Sunday 1 May 2011

Selamat Hari Pekerja

Pagi-pagi mak dah start blogging.. mana idaknya semalam mak nak edit blog 3 minggu 3 bulan tak boleh .. terus publish pulak.. uols mesti pelik apahal la pulak dalam gambar2 majlis aqiqah tu tetiba ending gambar Zara dan Adam meniarap...mak sebenarnya nak tunjuk gambar 1st time Zara dan Adam meniarap... sama tak ? cuma bezanya Adam x berambut masa tu :D... gambar2 semalam pun x sempat nak komen.  Itulah sebab mak letak tajuk 3 minggu... sebab dah 3 minggu x blog so nak share event yg terjadi dalam 3 minggu tu... dan 3 bulan sebab nak tunjukkan yang Zara dah 3 bulan dan dia dah meniarap :D.. mak suka tau.. sorry ye gambar Adam meniarap tu tersengit la pulak...

OK back to the tajuk.. mak nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang bekerja tidak kira sama ada kerja pejabat, kerja di rumah atau dimana-mana sahaja anda bekerja.. Suri Rumah pun bekerja juga tau lagi teruk rasanya dari kita yang bekerja di pejabat ni.. start dari pagi nak siapkan anak-anak sekolah , sediakan makanan, kemas rumah , jaga baby dan sebagainya.. memang penat dan mencabar ... mak memang tabik spring kat surirumah2 seluruh dunia yang menjaga keluarga mereka dengan penuh sabar dan ikhlas...
Tapi mak juga nak tabik spring kat kaum-kaum ibu yang bekerja makan gaji ni.. mana tidaknya lepas sibuk2 bekerja di siang hari... petang balik rumah dah kena urus makan minum laki dan anak2.. siapkan baju sekolah untuk anak nak pakai esoknya.. kemas rumah sikit-sikit.. basuh baju pulak... lepas tu jemur... lepas tu lipat atau gosok huhuhu tak berhenti kerja .... tapi kerja itukan ibadah juga ... insyaAllah sekiranya kita ikhlas... dapat pahala tau... so jangan banyak merungut..

Mak juga nak ucapkan tahniah pada diri mak yang telah berjaya berkhidmat dengan majikan mak selama 16 tahun dengan penuh setia walaupun kadang-kadang terasa macam tak larat dah nak pergi kerja... terima kasih juga la pada majikan mak yang telah membayar gaji tanpa putus ... tapi mak tunggu juga .. bilala nak naik gaji ni.. dah masuk bulan Mei.. sonyap yo..

Sempena hari pekerja pada hari ini.. mak cadang nak cuti dari buat kerja rumah ... meh la kita anak-anak pergi makan kenduri... x payah nak kecah-kecah dapur tu masak yo..
"Adammmm mandiiii, cepat siap... kita nak makan kenduri.." sambil-sambil tu mak masih meneruskan menaip blog ini hehehhe...




jom siap-siap.....kita nak pergi makan free...

No comments:

Post a Comment