Published with Blogger-droid v1.7.4
Monday, 24 September 2012
Saturday, 25 August 2012
Salam Aidilfitri
Diam tak diam dah hampir penghujung Ogos, ramadhan yg mulia telah pergi meninggalkan kita, semoga tahun depan ketemu lagi. Waktu ini sebenarnya kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dr Sri Iskandar ke KL setelah menghabiskan cuti raya mengunjungi saudara mara sebelah mr.hubby di Perak. Sejak menjadi ibu muda ni hehehe masa terisi dengan sepenuhnya, Zara dah semakin membesar, lasak dan tak reti duduk diam, yang abangnya pula semakin nak jadi rema
ja, malu sana malu sini tapi masih teringin nak dimanjakan. Sorry Adam sebab selalu nak kena marah dengan emak sebab mungkin sejak ada adik, Adam kelihatan dewasa dan sepatutnya boleh berfikir sendiri tapi hakikatnya Adam masih budak umur 11tahun yg baru 1.7tahun menjadi abang sedangkan sebelum ni awakla baby dalam rumah :)
Zara pula sekarang dah pandai nak bercakap, kalau sebut "nakkk" kemain jelas lagi. kalau dengar muzik cepat je nak bergoyang, cukup gemar kacau orang nak solat. Pantang bentang sejadah cepat2 dia duduk tengah2. gemar beri senyuman yang paling manis dan cukup sensitif bila kena marah. Ada satu masa tu tak boleh langsung dengar perkataan "Amboiii" sure nangis punye.
Syukur sangat dapat Adam dan Zara, semoga mereka berdua menjadi insan berguna utk agama dan negara.
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
p/s: xfaham sangat dgn sikap org yg meminta maaf didepan tp pada masa yg sama mengata org dibelakang. dimana kejujuran mereka agaknya ye.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Tuesday, 31 January 2012
Selamat Tahun Baru
Dah sebulan tahun baru melabuh tirai, baru berkesempatan nak mencoretkan sesuatu diblog ini. Entahla kenapa semangat yabg berkobar2 semakin suam-suam kuku. Mungkin disebabkan beban tugas dan kesuntukan masa yang sentiasa mencemburuiku apatah lagi ditambah dengan kemalasan untuk berfikir.
Sebenarnya banyak peristiwa dan kenangan yang aku teringin coretkan tp bimbang cerita dah basi :) jadi cukupla ianya menjadi kenangan terindah dalam hidupku.
Bulan ini pada 27hb genap Zara setahun, syukur Alhamdulillah kerana mendapat anak yang comel dan baik sepertinya
Published with Blogger-droid v1.7.4
Friday, 18 November 2011
Malaysia vs Indonesia
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bola sepak bwh 23thn atas kemenangan mereka sewaktu bertemu Indonesia malam tadi. Walaupun sepatutnya boleh dapat banyak jaringan tapi disebabkan dah menang aku puashati jugala dengan 1-0 tu. Apek memang penyelamat pada malam ini, tahniah sekali lagi. Malam ni aku Adam dan Zara layan bola sampai habis, tak masak just order Dominos lagipun dah lama x makan pizzakan. Adam tengah demam tapi selera makan tetap ada, Zara macam biasa dok mengadap tersenyum-senyum minta simpati, nak rasa la tu... Xbolehla sayang belum ada gigi lagi, tapi kalau ada gigi pun xboleh makan pizza, kena diet tau, makan salad dan fruits banyak2 hehehhe
Masa terlalu cepat berlalu, banyak benda nak buat tapi tak sempat, tekanan kerja semakin memuncak tapi aku cuba meminimumkan stress, semoga Allah swt permudahkan setiap urusanku, berikan kekuatan dan kesabaran juga kesihatan yang baik untukku dan keluarga.Amin.
Minggu ni anak saudaraku kahwin, semoga Syha dan Hakim dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Insyaallah jika ada masa aku akan upload gambar-gambar sepanjang november ini, maklumlah banyak event sebenarnya yang berlaku dalam bulan ni tapi x sempat nak update dalam blog, doakanlah ye.
Aku juga nak ucapkan tahniah dan mendoakan agar kawan2 ku Nurlina dan Fatin diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan mereka. Take care girls, muahhss.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Thursday, 17 November 2011
my lil zara
Dah lama sungguh x update blog, ni baru nak mengarang zara dah sibuk sama nak tekan galaxy tab ni. So layan je la gambar comel ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Saturday, 5 November 2011
Bankers stories
Profit Equalisation Reserve (PER) | Islamic Bankers : Resource Centre
Published with Blogger-droid v1.7.4
Bankers stories
Profit Equalisation Reserve (PER) | Islamic Bankers : Resource Centre
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sunday, 16 October 2011
Tuesday, 11 October 2011
Perginya Seorang Seniman
Datuk_Ahmad_Jais.jpg (JPEG Image, 333x500 pixels)
Mendapat khabar perginya Allahyarham Datuk Ahmad Jais pada pagi ini membuat perasaan jadi sayu dan hiba, yang paling kuat dalam ingatan adalah Mai, anak arwah yang keempat... Semoga Mai tabah dalam menghadapi dugaan ini, I will always be your shoulder to cry on sis... Jangan banyak bersedih, kuatkan semangat dan ingat selalu Allah sentiasa ada menyayangi mu. SEMOGA ROH ARWAH DIRAHMATI DAN DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN. ALFATIHAH

Tuesday, 6 September 2011
Thursday, 18 August 2011
Tips Membeli Belah 2
Tips untuk tidak membeli memang banyak, kita hanya perlu mereka alasan untuk tidak membeli tetapi bagi shopaholic pula lagi banyak alasan yang direka supaya apa yang dibeli itu memang terasa berbaloi walaupun mungkin hanya diguna 1-2 kali je ;-)
Ok sila semak perkara2 berikut sebelum anda membeli belah ;
1) Barang tersebut pernah dibeli sebelum ni atau tidak?
2) Ada tak barang lain yang pernah dibeli boleh menggantikannya? Contohnya slow cooker, perlu ke kalau dah bertimbun periuk kat rumah? Masak je la atas dapur tu..
3) Perlu ke beli sekarang? X boleh ke tunggu time sale ke atau barang tu turun harga ke especially gadjet2 latest ni heheheh yang ni akak pun x tahan u.
4) Mampu ke kita beli? Jangan le lepas ni terpaksa berhutang ngan Along ke angah ke hehehehe
Semalam pergi shopping kat AeonAu2, walaupun dah sedaya upaya nak apply tips2 membeli belah tapi habis jugak beratus ringgit. Barang Malaysia ni memang mahal la, tapi kalau tak shopping kat Malaysia kat mana lagi yek?

Wednesday, 17 August 2011
Tips Membeli Belah
Mesti ramai yang nak bershopping sakan sempena nak raya ni kan? Jadi sebelum membeli belah tu fikir2kan lah tips kat bawah ni:
1) Tentukan keutamaan dalam berbelanja - apa yg perlu beli dulu? Makanan ke baju dan kasut?
2) Check kualiti, harga dan kegunaan utk brgn tahan lama, make sure harga sepadan ngan kualiti dan jangka hayat nak memakainya. Janganbeli kasut mahal nak rak tapi baru pakai sebulan dah koyak atau sendat membazir je
3) Kalau shopping barang makanan pastikan kesegarannya
4) Beli barang tengok tanda harga, tarikh buat dan tarikh luput.
5) Jangan tergoda dengan packaging atau hadiah sampingan ingat No.1 tentukan keutamaan
6) Jangan beli barang yang sama lebih dr sepatutnya seperti beli baju sama lain colour hikhikhik aku le tu suka buat.
Ada lagi tips lain tp takut nak letak bukan apa takut aku yang tak terikut hehehe .
Petang ni nak tengok2 baju raya Zara dan Adam di Jusco Au2. So keutamaannya adalah baju gaun Zara, baju dan seluar Adam dan kasut.
Kalau tak sempat balik masak buka je kat sana. Ok jom bersiap nak jalan.

Sunday, 14 August 2011
Happy Birthday
Selamat Panjang Umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik serta dirahmati selalu oleh Allah Yang Esa. Hanya doa dapat ku hadiahkan buat suami dan bapa mertuaku yg menyambut ulangtahun kelahiran dalam bulan yang sama iaitu Ogos.
Kebetulan semalam kami berbuka di Melaka di rumah adik iparku Ijan jadi alang2 potong cake sekali. Sedap carrot cake tu tau bukan aku yg buat tp beli je di SR.
Kebetulan semalam kami berbuka di Melaka di rumah adik iparku Ijan jadi alang2 potong cake sekali. Sedap carrot cake tu tau bukan aku yg buat tp beli je di SR.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Salam Ramadhan
Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya kita bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Diam tak diam dah 13 hari kita berpuasa dan hari ini masuk hari yg ke 14.
Tahun ni tak bolehla berangan nak puasa penuh sebab aku dah pun bercuti 7 hari. Bukan ponteng puasa tau tapi tak boleh puasa.. Orang kata kalau fully breastfeed tak datang bulan tapi aku ni tiap2 bulan datang... Macamana tu? Sebenarnya semua tu ketentuan Ilahi, lain orang lain pembawakannya.
Bulan puasa ni aku lebih suka berbuka secara sederhana, makan cukup2 sahaja. Malas nak pergi PARAM sebab tahu dah tiap2 tahun diaorang naik harga... pada masa yang sama saiz dan kuantiti dikurangkan. Sebagai pengguna aku nenggunakan hak untuk tidak membeli jika tidak berkeinginan, tapi anak bujang aku tu keinginannya kuat macam-macam dia teringin :)
Satu yang aku perasan tahun ni, Adam dah boleh diharapkan untuk kerja-kerja menyediakan hidangan. Dia akan sediakan air dan hidang makanan atas meja bila aku sangkut dengan Zara yang asyik nak bergantung je bila kat rumah. Yang paling mengharukan ialah dia akan hulurkan air bila azan berbuka kedengaran, mesti korang herankan apahal pulak nak touching2 biasalah anak ambikkan minuman untuk mak diakan? Tapi Adam ni lain, jarang dia buat tanpa disuruh berkali-kali, so bila dia buat dengan rela hati sungguh menyentuh hati.. dah besar rupanya anak bujang aku ni sebab dulu dialah baby dalam rumah ni, sekarang Zara dah ada dia kenalah jadi abang.
Oklah setakat ni dulu cerita aku, dah lama tak tulis blog otak pun dah berkarat but since dah ada galaxy tab ni bolehla aku blogger-droid dengan lebih kerap lagi. Harap2 menjadila harapan ku ini.

Tuesday, 28 June 2011
Aku Dan Denggi
Entah mana dapatnya minggu ni aku terpaksa terjebak di Damai Specialist Hosp, Melawati. Memang sapa yang pernah dijangkiti denggi pasti tahu betapa serik dan teruknya sakit ni.. Aku dah start demam dr hari Isnin tp gagah juga kerja hingga la hari Rabu jiwa bertambah kacau maka aku gagahi juga pergi ke Klinik Idzham dan kemudian disahkan demam denggi. hari pertama platlet 209, kedua 148, ketiga 105, keempat 60, kelima 45, keenam naik 50 dan hr ni hr ketujuh 55... harap2 esok semakin meningkat lg platlet darahku... tp cuak juga sebab DR kt jantung ku turut ada infection virus denggi dan sbb itu aku semakin lemah setiap hari... Alhamdulillah hr ni aku agak sihat sedikit sebab tu wujud entry ini. to all my families and friends wish me luck n uols take a good care.. muahhs
Subscribe to:
Posts (Atom)